Wednesday, March 2, 2011

kenapa oh



ingat waktu dulu dulu. waktu darjah empat ke lima. aku tak ingat. ada sorang kawan aku. dia ni baru dapat period. masa tu aku kanak kanak pure punya. period pun aku tahu taktahu apa lagi erti kehidupan sebenar kan. tiba tiba tengah nak tunggu cikgu pj (pendidikan jasmani) datang. tiba tiba dia cakap. macam mana nak mati masa muda ni ya. apa kata kalau jalan jalan kat tengah jalan lepastu ada kereta. langgar. mati. lepas tu dia ketawa. macam ada unsur lawak dekat situ. dia rasa. aku rasa. aku pelik. serious pelik. aku fikir dan fikir dan fikir. senyap. kenapa nak mati masa muda ni. tak menghargai kehidupan ke. aku serious berfikir. lepastu dia sambung. tapi itu dah kira macam bunuh diri je. tak cium bau syurga pulak. hahaha. dia ketawa lagi. aku serious buntu. mata aku dah sekecik kecik yang mungkin berfikir ni. dahi dah berkerut habis sampai urat pun nak putus. aku pun tanya. err. kenapa nak mati cepat? tak menghargai kehidupan ke? dia pun ketawa. (ya. aku tak matang lagi. istilah couple pun aku buat buat faham masa tu.) dia pun jawab. ohh. masa kita muda kan tak buat banyak dosa. Insya'Allah boleh masuk syurga. aku pun fikir. dan fikir. betul jugak tu. lagipun minah ni baru je dapat period. so amalan dia baru je start kira. aku pun cakap. err. tapi kan Allah bagi kita hidup so that kita boleh buat banyak amal beribadah? dia pun ketawa. betul jugak tu kan. tapi kan hidup ni tough. banyak lagi benda kita taktahu. hum betul jugak tu. lagipun mati ni Allah yang tentukan. kalau kite berdiri dekat tengah jalan. kena langgar. tak semestinya mati jugak kalau bukan ajal.





aku dah dewasa sekarang. sikit dewasa. hum ya hidup ni penuh dengan pancaroba. aku pun tak pasti aku berjaya atau tidak menghadapinya. aku sangat lemah. aku tak kuat nak lawan nafsu sendiri. aku tak kuat nak lawan godaan syaitan. aku tak kuat nak berdiri utuh sedangkan puting beliung di sekeliling dah terbangkan semua manusia dan bangunan bangunan berterbangan. aku takut. aku akan terbang macam mereka.


aku pun berharap. berharap yang macam kawan aku tadi. aku nak mati sebelum aku diterbangkan sama seperti manusia manusia yang lain.




boleh ke yup?

3 comments:

amalina sahaja said...

sya. jay faham perasaan tu sya

aisatti hakim said...

best post ni ohh :D thank you!

syafiqah safian said...

haha thanks korangg!:)