Friday, April 22, 2011

kaki penipu

First case#

waktu hari keluarga KMPK. acara tarik tali tengah hari buta.

aku: weh, nak tahu tak macam mane tarik tali boleh wujud.

mangsa 1: ohh? macam mane? sya tahu ke?

aku: macam ni. dulu kat negara euthopia ada seorang raja ni ada due orang putera. dia mati terkejut tak sempat nak tulis wasiat siapa pengganti dia. huru hara jadiknya. kecoh satu negara sape pengganti raja tu. due due putera tu masing masing ada pengaruh. so to make it fair and square, dan tak ada penumpahan darah, dorang dengan konco masing masing tarik tali. kiranya siapa yang kuat dialah penganti raja tu.

mangsa 1: oh yeke? (impressed) main tarik tali je?

aku: haah kan. tulah sekarang ni tarik tali jadik acara sukaneka lah pulak.

mangsa 1: haah kan.

aku: nisa. sya tipu je taw.

mangsa 1: oh, okay.

aku: errr, .....

mangsa 1: ape sya cakap tadi?

aku: sya tipu je taw.

mangsa: apeeeeeeeeeeee?! eeeeeeeeeeeeeeeeeee!



Second case#

shopping dengan acu.

aku: acu jom pergi nose'.

mangsa 2: jom. macam tu ke sebut? bukan ke nose?

aku: taklah. sebutan dia, nose'. bahasa danish. tulah semue orang sebut salah. duh.

mangsa 2: oh yeke. ape maksud die?

aku: haha manelah kite tahu. lagipun kite tipu je.

mangsa 2: haaaaaaaaa?! kau cakap betul betul lah sikit.

aku: HAHAHAHA!



Third case#

kelas tutorial biologi.

mangsa 3: miss, kenape nama die founder effect? founder?

miss: sebab populasi dia dah ter-isolated dan jumpe tempat baru.

mangsa 3: tapi kenape founder? (tak puas hati)

aku: sebab nama orang yang jumpa teori ni Founder Edward Michael. dia guna nama sendiri untuk teori yang dia jumpa.

mangsa 3: errrr,

mangsa 4: yekeeeee sya? (excited)

aku: HAHAAHAHAHA taklah weh. sya tipu je.






Look. The main point is kita kena ada ilmu dan rajin cari ilmu.

sebab tanpa ilmu, kita mudah je kena tipu.

walaupun mungkin kita taktahu benda orang tu tengah cakap betul ke tak dan agak boleh percaya.

kalau kita dapat baca riak muka orang tu macam menipu.

kita dah dapat escape kan.

hahaha. chopp.

aku bukan nak kata mereka yang bold warna biru tak ada ilmu okay.

cuma nak kata, kreatif kan orang yang nama dia bold warna pink tuh?

BHAHAHAHAHAHA!

1 comment:

amalina sahaja said...

haha sya. sumpah kelakar. suka suka suka :D haha