Monday, July 4, 2011

D*

D*, saya faham konsep yang D* cuba untuk laksanakan. Ya. Saya faham konsep Buyers & Selection yang menonjolkan sifat-sifat 'give and take', toleransi, tolak-ansur dan apa jua nama dengan misi untuk menempatkan nama negara ke persada dunia. Untuk menjulang nama ke arena antarabangsa. Untuk mengharumkan nama negara dengan wangian Ralph Lauren atau apa sahaja wangian buatan luar negara. Sekali gus mencapai objektif melahirkan anak bangsa bijak pandai Bahasa Inggeris.

Saya juga faham konsep 'sukarela' dan orang yang sukarela itu dipanggil 'sukarelawan' . kalau sukarela maksudnya dengan kehendak sendiri tanpa mengharapkan apa-apa balasan dan semua perjalanan atau risiko ditanggung sendiri. Contohnya, bila negara Jepun terkena bencana Tsunami, negara kita menghantar sukarela untuk membantu mangsa-mangsa Tsunami. Kos ke sana dan bekalan makanan dan kesemuaanya seperti tempat tinggal, makanan, ditanggung oleh negara kita bukan atau NGO yang menganjurkan program itu sendiri?

tapi saya tak faham. kenapa mereka? dan bukan mereka yang di sini? apa gunanya Nabihah Diyana, Amira Nadia, Zahin Nasaruddin, Nisreen Afifah, Haikal Sharif, Aamirah dan semua senior-senior mereka selayaknya. Menjulang sijil TESL tinggi ke langit tapi yang disanjung-sanjung adalah orang luar. tidak percaya dengan buatan negara sendiri mungkin.

Sukarelawan dihantar untuk mengajar di kawasan pendalaman. yang boleh kita bayangkan mungkin menggunakan loghat kuat. mungkin di negeri kelantan yang kadang-kadang susah nak faham bahasa mereka. sekarang ni macam orang Korea datang kat depan saya nak ajar Bahasa Korea yang saya tak faham apa yang dia cakap dan dia tak faham apa yang saya cakap dan dia nak ajar saya Bahasa Korea?! dan mungkin saya dan dia akan berinteraksi menggunakan bahasa badan. kalau saya bersungguh-sungguh nak belajar mungkin sedikit sebanyak saya boleh cuba untuk faham tapi kalau saya tak ada minat dan sukar nak faham mungkin saya akan cari orang Melayu yang boleh cakap Bahasa Melayu dan Bahasa Korea atau sesiapa sahaja yang boleh cakap bahasa Inggeris dan Bahasa Korea untuk ajar saya. At least dia boleh mengalih bahasa untuk saya lebih faham. Bukan? atau produk kita yang demand tinggi mahukan bayaran yang tinggi?

D* saya ada idea. lepas ini kita panggil sukarelawan negara Arab pula untuk mengajar kita Bahasa Arab. Kemudian, kita tempatkan orang Perancis untuk mengajar Bahasa Perancis kepada pelajar-pelajar di sekolah berasrama penuh. Lepas tu, kita biarkan virus E. Coli sp. merebak dengan aktifnya di seluruh negara! Ho yeah.

Saya mungkin berbunyi sarcastic. sebab saya taktahu macam mana nak taip isu ini secara professional nya. Maafkan saya. Tapi secara jujurnya saya mahu kongsi pendapat dan jika ada perbezaan bukan untuk mencari buruk tapi untuk diambil yang baiknya.






D*- seorang lelaki yang memakai kaca mata. yang menjadi inspirasi saya dan dunia. yang saya kagum dengan semangat dan suaranya boleh ditiru oleh Yus Kumpulan Jambu Maharajalawak.