Wednesday, February 15, 2012

tangkuban parahu, bandung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera yaaa kepada ibuk-ibuk serata bapak-bapak yang sedang menuntun rancangan Jelajah Asia yang pastinya tiptop dan masyuuuk gituuu dengan hadirnya saya sebagai pegacaranyaa (err!) tentunya Syafiqah Safian. Hahaha. 

Jadi Jelajah Asia untuk episod kali ini membawa anda semua ke sebuah lagi destinasi yang pastinya seronok dan membuatkan sanubari anda melonjak-lonjak yaa untuk bersama menyaksikan keangungan ciptaan Allah yang sangat menakjubkan ini. Jadi jika ingin tahu di manakah destinasi untuk episod kali ini silalah setia melekat di kaca televisyen kerana kita akan bertemu selepas ini! :D

Ceewaaaaa! Ini semua skrip nak masuk On Air lah ni. #EhYeke. -.-" tersesat masuk sini pahaaaal. hihi. Okay sambung balik. Tangkuban Parahu terletak 30 kilometer dari Pusat Bandar Bandung. Ianya merupakan salah satu tempat perlancongan yang terkenal di Bandung dan wajib lah pergi kann hihi. Kenapa nama nya Tangkuban Parahu? Tangkuban Parahu diberi nama kerana bentuk pergunungan di Tangkuban Parahu ini seolah-olah seperti sebuah perahu yang terbalik. Dan ini memang benar sekali ennn kerana saya sendiri ada menyaksikan rupa parahu itu sepanjang perjalanan hendak ke sana. (Eh bukan kau tido ke Syafiqah:O) Eh jangan lah kantoikan ish. hihi. 

Tangkuban Parahu ini terletak 1830 km dari paras laut ini bermakna kita akan menghirup udara yang segar. Boleh digambarkan seperti berada di Tanah Tinggi Cameron Highlands, dan Genting Highlands yang memerlukan anda, anda dan anda memakai pakaian yang sedikit tebal. Suhunya tidak berjaya disukat menggunakan thermometer sebab tertinggal kat physics lab sekolah:O  okay mengarut. hihi.

 Apa yang menarik di sini? anda boleh mendaki atau memandu kenderaan anda atau dalam Bahasa Indonesia mengemudi kenderaan yaa kendengaran seperti kapal hihi untuk berada di atas gunung dan di tepi kawah kesan daripada tercetusnya gunung berapi. Bukan itu sahaja anda juga dapat menyaksikan kolam air panas dan lumpur yang mendidih secara lebih dekat selain membeli telur yang dimasak di atas permukaan yang panas tersebut. ( Eh tak jumpe pun?!) hihi maklumat adalah ihsan encik wiki . Anda akan menghidu bau-bau seperti Ammonia dan juga bahan-bahan mineral yang lain. Mane tahu ade kebaikan untuk badan ke kann ceewaa. Selain itu terdapat dereten kedai-kedai yang menjual banyak barangan cenderahati. 

Bukan itu sahaja jika anda bernasib malang baik anda akan diekori oleh penjual-penjual yang menjual pelbagai jenis barang seperti key chain, tasbih, baju sejuk dan yang paling best strawberry! (this one agak annoying sikit kot wa rase) my dad bought that strawberry and when we ate the taste is sooooooo sweet! it is not naturally or originally tasted sweet tapi rase macam kena rendam dengan gula :O   Ibu kite cakap bila ibu kite cakap dengan orang yang jual tu rasa macam kena rendam gula orang tu lari oh. Pastu die pegi kat ayah kite pulak. pastu ayah kite yang beli. :O

Sebuah kajian telah dijalankan dan didapati kawasan di Tangkuban Parahu ini telah mengalami cetusan gunung berapi sebanyak lebih kurang 30 kali. Kali terakhir tercetusnya gunung berapi adalah pada tahun 1983 bersamaan 30 tahun sudah. Wahaaa! :O Sebaik time tu tak tahu kalau taaak mesti cuak je kau kannn Syafiqah oii. Kawah yang paling terbesar ialah Kawah Ratu dan ada juga kawah-kawah yang lain seperti Kawah Di Muka Kesan Jerawat:O okay tak lawak. hihi. Baiklah. Sekian sahaja maklumat untuk kali ini. Saya Syafiqah Safian melaporkan untuk Sasapika TV *wink wink* By the way. Ade sedikit buah tangan yok!    















1 comment:

muizzlkfle said...

nice pic laa weyhh.. cam kat kampung nelayan pun ade. ahaa~