Wednesday, June 22, 2011

Terima Kasih Laskar Pelangi

Kesukaan aku ialah menonton wayang bergambar.
Mengkritik selepas menonton adalah satu kemestian.
Kadang-kadang tak tengok sampai habis pun aku dah melata panjang.
Lagi-lagi kritikan jenis negatif.
Sebab aku manusia yang nampak satu titik hitam walaupun di satu kanvas putih luas.
Tapi aku masih waras untuk adil dalam memberi bintang kepada pencipta karya.
Haha ayat lagak aku ini professional.
Jangan mudah percaya.
Jangan mudah perpengaruh.
Sebab aku bukan sempurna.
aku punya pendapat. Kau juga.
tapi beringat jangan terlalu obses dengan pendapat engkau sendiri.
sebab pendapat yang maha benar ialah milik Allah.
Dan Allah juga Yang Maha Mengkritik.


Laskar Pelangi.


Aku belum tengok lagi cerita ni.
Sedikit scene sahaja yang mampu ditelan.
Tapi aku percaya cerita ini cerita yang aku akan berikan tepukan gemuruh selepas menonton.
kerana aku sempat lihat satu tayangan.
cerita kisah benar dan cerita yang mampu mengubah pemikiran aku ke arah positif ialah kegemaranku. makananku.
dan dialog nya sudah tertanam dalam sanubari dan aku ingin taip di blog.
supaya aku boleh membaca semula apabila alpa.
Dialognya tidak tepat tapi maksud mungkin sama.
(versi melayu)

Cikgu: nombor apa ini murid-murid? (sambil menulis di atas papan hitam mini. dengan suasana belajar di luar bangunan. berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah)

Murid-murid: tiga ratus tiga belas (hampir serentak)

Cikgu: Seramai 313 pejuang Islam telah berjaya berlawan dengan tentera Quraisy yang lengkap bersenjata. Kekuatan mereka terletak pada keimanan. Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya. Bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.



Kekuatan terletak pada Keimanan.
Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya.
Bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.



Ayat ini buat aku rasa nak balik semula untuk taip blog.
setelah nak dekat sebulan aku tidak berkongsi.
mungkin aku punya alasan-alasan mengapa aku tidak menge-post.
tapi itu hanya ilham untuk membuat kau terus di bawah tempurung.
ilham yang berwajah negatif.
mungkin.



alasan-alasan:

1. Ilmu di dada hanya sejengkal mata kail di lautan luas mendalam. Aku tidak banyak ilmu seperti blogger yang lain. Tidak juga rajin membaca. Tapi aku suka buat pemerhatian. dan hasil pemerhatian itu aku semat di hati untuk diri sendiri. Tidak mahu berkongsi dan juga berbincang. dan akhirnya ia lenyap. tak salah kan kalau aku taip di blog. mana tahu jadi transkrip pembelajaran dan kajian masa hadapan. ceh.

2. Menaip bukan sepeti bercakap. boleh tekan backspace bila ayat kau mungkin terguris perasaan dan mungkin sensitif. Walau macam mana pun aku khuatir. aku takut aku ter-post benda-benda yang boleh mengaibkan diri sendiri. bercerita mengenai diri sendiri. dan seterusnya menjatuhkan maruah diri sendiri. tapi itu tidak boleh jadik alasan terus untuk berhenti menaip blog. sebab semuanya berlandaskan iman. Jika cukup amal Insya'allah amal boleh tolong membentuk peribadi.

3. Aku hilang mood untuk blog. aku mudah jemu. aku dah tak suke blog aku buat kerja lain. aku dah tak suke itu aku buat ini. kalau taknak buat ini rasa bosan akhirnya aku tidur je. dan akhirnya aku jemu asyik tidur je jadi kitaran terbentuk. hehe. aku pernah iktiraf diri aku sebagai Oh Hey! Im A Moody Person. tapi sampai bila aku nak mood aku yang kawal aku. apa guna otak. apa guna akal.

4. sebab takde sape baca blog aku pun hehehe. okay ini hanya gurauan. sebab aku mungkin tidak akan menghargai apa yang aku akan taip. dan post akan di delete. jadi kenapa perlu post kalau akan di delete bukan? aku sayang masterpiece aku aka post post di blog aku. aku akan baca lebih banyak dari orang lain. sebab pembaca setia inilah yang membuatkan blog ini hidup. tanpa dia. blog ini mati. sebab itu aku jarang. err ke tak pernah langsung. membuat promosi untuk blog ini. aku tak pernah post link blog aku kat facebook. dengan ruang web info pun tidak diisi dengan link blog ini. sebab aku segan mungkin. kenapa perlu segan. itu mungkin sebab sebab tiga di atas.

5. Sejak ada Ishad. aku jadik malas blogging. sebab kecomelan dia buat aku rindu dia sepanjang masa. hehehe.



Jadi.
Terima Kasih Laskar Pelangi.
Terima Kasih Allah sewajarnya.

dan juga Terima Kasih Kesuma Haryani.
kerana memberi idea untuk meg-update blog.
yang memaksa nerve-nerve otak supaya berputar mencari sebab.
kenapa aku tidak update.
<3

Zaman sekarang ni nak cari pahala senang.
Nak cari dosa pun senang.


Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya.
Bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.


tapi aku rasa. kena specifik kan sikit oh.
memberi apa? menerima apa?
hahaha.
ada je yag tak kena kan?
syafiqah syafiqah.
hahaha gurau gurau.

6 comments:

kesumaharyani said...

weeeeee ada nama i lah :D at last update jugak :D

syafiqah safian said...

heee hi kesuma:)

iyza aryff said...

well said sayang, well said :)

syafiah.safian said...

laskar pelangi cerita apa?

syafiqah safian said...

ohee thanks iyza!:)

syafiqah safian said...

cerita indon. cube tengok youtube:)